TERMA & SYARAT KELAS BERSEMUKA

1.      Yuran akan dikira berdasarkan bulanan. Bukan berdasarkan jumlah hari hadir ke kelas.

2.      Jika kehadiran pada bulan itu hanya sekali, yuran bulanan mestilah dibayar secara penuh juga.

3.      Selepas pendaftaran dibuat, yuran bulanan perlu dibayar walaupun ibubapa/penjaga tidak dapat menghantar langsung anak-anak mengaji pada bulan tersebut.

 

4.      Yuran pendaftaran automatik terbatal jika ibubapa tidak menghantar langsung anak-anak hadir ke kelas mengaji bersemuka selama sebulan dan yuran pendaftaran tersebut akan dikira sebagai sumbangan kepada pihak Ngaja Ngaji.

 

5.      Pendaftaran nama murid juga akan terbatal secara automatik apabila ibubapa/penjaga tidak menghantar anak-anak langsung selama sebulan sedangkan kelas berjalan seperti biasa dan tidak membayar yuran bulanan pada bulan tersebut. Jika ibubapa/penjaga ingin meneruskan, perlu buat pendaftaran baru dengan kadar yuran pendaftaran + yuran bulanan terkini yang telah ditetapkan.

 

6.      Offer yuran yang diberikan hanya valid untuk ibubapa/penjaga yang pertama kali mendaftar dan konsisten menghantar anak hadir kelas mengaji serta membayar yuran setiap bulan sahaja. Jika tidak membayar yuran dan tidak menghantar anak-anak hadir selama sebulan, maka offer yuran diberikan akan automatik terbatal.

7.      Yuran bulanan hendaklah dibayar sebelum sesi kelas bermula atau sebelum 5hb pada setiap awal bulan.

8.      Sekiranya sesi kelas itu diadakan, maka tiada kelas ganti akan dibuat jika murid tidak hadir.

9.      Sekiranya sesi kelas itu dibatalkan, maka akan ada kelas ganti akan dibuat oleh pihak kami.

10.   Pada hari cuti umum sahaja kelas tidak akan dijalankan. Cuti sekolah, kelas diadakan seperti biasa. Kecuali hari cuti sekolah yang berhubung dengan Cuti Umum seperti Hari Raya, maka pihak kami akan maklumkan tempoh tarikh cuti tersebut.

11.   Ibubapa/Pendaftar mestilah memaklumkan kepada pihak pengurusan Ngaja Ngaji jika ingin berhentikan anak-anak dari kelas. Jika tidak, yuran bulanan tetap akan diambil kira sehingga ada makluman bertulis dari ibubapa/pendaftar.

12.   Sebarang perubahan jadual atau sesi kelas akan dimaklumkan oleh admin kami di Group Whatsapp Khas dari semasa ke semasa. Mohon alert dengan setiap mesej yang dihantar di Group Whatsapp tersebut.

13.   Pihak Ngaja Ngaji berhak meminda mana-mana peraturan mengikut kesesuaian semasa agar perjalanan kelas berjalan lancar tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

 

 

Terma & Syarat ini dibuat demi menjaga kemaslahatan kedua-dua belah pihak antara pihak pengurusan & ibubapa/penjaga. Pihak pengurusan mempunyai kos operasi seperti bayaran guru, sewa & bil yang perlu dijelaskan secara bulanan untuk keselesaan dan kelancaran kelas pengajian yang dijalankan. Manakala ibubapa/penjaga pula berhak memperolehi manfaat pendidikan dan nilai yang ditawarkan oleh pihak kami setara dengan pilihan pakej yang dibuat. Insya-Allah dengan kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua belah pihak, pastinya akan memberi banyak kemudahan & menjamin kelangsungan kelas pengajian ini di masa akan datang.