Terma & Syarat Pendaftaran Kelas Al-Quran Online

1) Bayaran yuran mesti dibuat terlebih dahulu sebelum sesi kelas bermula pada setiap bulan.

2) Kehadiran mesti tepat pada waktu yang ditetapkan pada jadual. Jika terlewat, maka ianya atas budibicara pihak asatizah dengan pelajar.

3) Jika pelajar tidak hadir tanpa sebab yang munasabah, maka sesi tersebut akan terbatal secara automatik. Tiada kelas ganti.

4) Jika pelajar yang tidak hadir ada sebab yang munasabah, maka dibenarkan untuk ganti tetapi peluang hanya diberikan sekali sahaja. Sekiranya pada tarikh ganti tersebut pelajar juga tidak hadir, maka secara automatik sesi itu terbatal.

5) Jika asatizah tidak dapat menjalan sesi kelas pada hari yang ditetapkan, maka kelas ganti akan dibuat mengikut kesesuaian masa yang lain.

6) Semua pelajar mesti memastikan talian internet dan alatan komunikasi dalam keadaan baik sebelum dan semasa sesi pembelajaran online berlangsung. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya talian internet di pihak pelajar tiba-tiba terputus atau bermasalah.

7) Setiap bayaran yang telah dibuat tidak akan dipulangkan semula. Pihak pendaftar & pelajar mestilah mengikut segala peraturan yang pihak NGAJA NGAJI tetapkan bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan dengan lancar.

8) Pelajar dibenarkan untuk menukar guru / kumpulan jika merasa tidak serasi dengan kaedah pengajaran asatizah pilihan yang diberikan. Akan tetapi, penukaran guru / kumpulan tersebut adalah bergantung kepada kesesuaian masa para asatizah yang sedia ada sahaja.

Perlukan Bantuan?

Sila whatsapp admin kami di talian 016-6145107 untuk sebarang pertanyaan.