NGAJA NGAJI | KELAS AL QURAN
Ngaja Ngaji adalah satu platform yang dibangunkan oleh Ustaz Syukri Sarapudin bersama Team NGAJA NGAJI bagi membantu masyarakat khususnya di Malaysia ini untuk belajar membaca dan memahami Al Quran.
Pada tahun 2017, kelas dijalankan secara bertalaqqi dirumah. Kemudian pada tahun 2019, setelah bermulanya pandemik Covid-19, semua kelas telah dialih ke platform online sahaja.
Kini, NGAJA NGAJI membuka ruang kepada masyarakat yang ingin belajar Al-Quran tetapi mempunyai bajet kewangan yang terhad boleh mendaftar sebagai pelajar dengan kadar yuran sangat berpatutan dengan arus semasa.
Terdapat beberapa pilihan pakej kami tawarkan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang ramai dan tidak mampu untuk membayar yuran kelas yang tinggi diluar sana.
Bukan sekadar belajar sahaja, setiap pelajar akan diberikan laporan penilaian setiap hari oleh asatizah yang mengajar. Laporan dihantar melalui aplikasi whatsapp. Usaha ini akan memberi galakan dan sokongan kepada pelajar NGAJA NGAJI untuk terus berusaha mempelajari Al Quran dengan baik.
Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar As-Syarif, Tanta, Mesir.
Tahfiz Al-Hakim, Taman Tanjung Chat dari 2010-2012
Guru Al Quran Darul Tanzil Centre
Mengajar Al Quran secara Online
Kelas Qiraati & Tajwid
Kanak-Kanak & Remaja
Impian kami adalah menjadikan setiap rumah mesti ada seorang pembimbing Al Quran agar setiap ahli keluarga yang lain dapat mempelajari Al Quran dengan mudah dan istiqamah. Oleh itu, kami menyediakan asatizah terlatih dan berpengalaman untuk anda.
Kami faham, bukannya mudah untuk istiqamah mempelajari Al Quran tanpa ada jadual dan disiplin yang betul. Jadi kami wujudkan sistem untuk membantu masyarakat agar sentiasa boleh mempelajari Al Quran mengikut masa dan kemampuan masing-masing.
Kami ingin menjadikan kerjaya sebagai Guru Al Quran adalah sebuah kerjaya yang profesional. Yuran yang kami kenakan bukannya kerana harga ilmu, tetapi sebagai menghargai masa dan pengorbanan para asatizah yang sanggup memikul tugas yang mulia ini.
USTAZ AHMAD SYUKRI SARAPUDIN berasal dari Kuala Krai Kelantan. Setelah tamat pengajian Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) dengan mendapat keputusan MUMTAZ di Maahad Rahmaniah Kuala Krai pada tahun 2008, beliau terus menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir di dalam jurusan Syariah Islamiyyah selama 4 Tahun. Alhamdulillah, beliau berjaya menamatkan pengajian tersebut selama 4 tahun di Mesir dengan mendapat keputusan JAYYID.
Ketika berada di sana, Beliau sempat bertalaqqi Al-Quran Riwayat Hafs An Asim secara bersanad dengan beberapa orang Syeikh Arab. Antaranya Syeikh Ahmad Muhammad Al Husaini Ahmad Al-Maddah Al-Azhari, Al Marhum Syeikh Abdul Mun’im Muhammad Najjar, Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Nahrithi Al-Husaini & Al-Fadhil al-Syeikh Ashraf al-Azhari al-Hasani (Imam Masjid al-Azhar).
Selain dari bertalaqqi Al-Quran, beliau juga berkesempatan menimba ilmu secara bertalaqqi bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari ketika beliau mengadakan kelas di Rumah Kedah. Selain itu, beliau juga memiliki sanad pembacaan Hadith 40 Imam Nawawi daripada Syeikh Usamah Sayyid Al-Azhari dan Sanad Sima’ie Kitab Syamail Al-Muhammadiyyah karangan Imam Tirmizi yang dibacakan oleh Syeikh ‘Ishom Anas Az-Ziftawi dan beberapa orang syeikh azhari di Masjid As-Salam, Tanta.